Free Monkey ani Cursors at www.totallyfreecursors.com
Free Monkey ani Cursors at www.totallyfreecursors.com

Sunday, 2 August 2015

MAKANAN MENARIK



KELANTAN (KLATE)
Negeri Kelantan merupakan tempat dimana saya dilahirkan. Saya dilahirkan di Kelantan pada tahun 1994 dan saya dibesarkan di Kelantan. Disini saya ingin berkongsi dengan semua tentang apa yang menariknya negeri Kelantan. 
Perkara pertama saya ingin kongsikan adalah tentang kuih muih yang menarik dan lazat di Kelantan. Antaranya ialah : 
-tahi itik 
-kuih buah tanjung
-nekbat
 
Bagi yang bukan berasal dari negeri Kelantan mesti pelik dan rasa lawak dengan nama kuih Kelantan seperti kuih tahi itik. Nama kuih tahi itik mungkin berdasarkan rupanya keputih-putihan dan bertempek-tempek seperti tahi itik.
 Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada telur dan disira air panas dalam iar gula. Kuih tahi itik diberi nama sebegitu kerana ianya dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik. Pada kebiasaannya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas kerana proses membuat kuih jala mas menggunakan kuning telur sementara kuih tahi itik menggunakan telur putih. Hal ini bertujuan mengelakkan pembaziran.

      
KUIH TAHI ITIK
Disini saya juga ingin kongsikan resepi untuk membuat kuih tahi itik. Resepi yang cukup mudah dan bahan-bahan yang digunakan senang untuk dicari.
ANTARA BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN IALAH :-
·         *telur putih setengah kilo *ditapis dengan kain*
·        * tepung setengah cawan
·         *gula 1 cawan
·        * bunga cengkih 5-6 kuntum
·        * daun pandan 3 helai disimpul
·        * minyak mazola setengah cawan

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT KUIH TAHI ITIK IALAH :-
  1. ·         campurkan kesemua bahan diatas kecuali minyak. Kacau sehingga sebati.
  2. ·         Masak dengan menggunakan api yang sederhana.
  3. ·         Kacau agar tidak hangit.
  4. ·         Bila dah hampir kental, masukkan minyak mazola.
  5. ·         Kacau lagi hingga kental sempurna.
  6. ·         Buang daun pandan dan bunga cengkih.
  7. ·         Bentukkan ikut suka hati.
  8. ·         Jika tidak mahu bentukkan boleh terus dihidang begitu sahaja 

SELAMAT MENCUBA… 

Seterusnya saya ingin kongsikan salah satu kuih Kelantan yang mungkin jarang anda dengar ,jarang anda tengok dan mungkin anda tidak pernah makan iaitu kuih nekbat. Kuih nekbat ini sesuai dihidangkan pada waktu petang. Saya akan kongsikan resepi untuk membuat kuih nekbat ini untuk memudahkan anda mencuba kuih nekbat ini walaupun tidak mengunjungi negeri Kelantan. Saya harap dengan pengkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam membuat kuih nekbat ini.


  
KUIH NEKBAT

BAHAN-BAHAN
untuk kuih;
- 500g tepung beras (1 bungkus)
- 12 biji telur ayam

untuk sira;
- Air secukunya
- 500 gm gula 
- 5 helai daun pandan 


LANGKAH-LANGKAH
1. Goreng tepung beras tanpa minyak (sangai) dalam kuali atas api sederhana hingga kering. Tutup api dan biarkan ia sejuk.

2. Pukul telur hingga kembang dan ringan berbuih.
3. Taburkan tepung yang telah disangai ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
4. Panaskan acuan dan oleskan acuan dengan minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kekuningan.
5. Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan dan kemudian masukkan 10 biji nekbat. 

* 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat.

Disamping itu, kuih buah tanjung juga merupakan kuih tradisional negeri Kelantan. Seperti semua sedia maklum Kelantan kaya dengan makanan yang manis-manis. Saya pasti ramai yang suka makan kuih buah tanjung ini.  
 
KUIH BUAH TANJUNG

RESEPI KUIH BUAH TANJUNG
 BAHAN-BAHAN
  • 10 Biji Kuning Telur itik
  • 1 kg gula pasir
  • 500ml air
  • 250 gm tepung beras pulut
  • 100 gm tepung beras
  • 2 helai daun pandan
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu teh pewarna oren



LANGKAH-LANGKAH

1. Masukkan tepung beras pulut dan tepung beras dalam satu bekas kemudian sangai tanpa menggunakan minyak sehingga agak-agak ringan, Kemudian angkat dan ketepikan.

2.Masak gula serta dimasukkan air sehingga menddih, lalu masukkan daun pandan dan bunga cengkih biarkan seketika sehingga menjadi separuh pekat. Setelah itu, keluarkan daun pandan.

3. Blend/pukul kuning telur tadi hingga naik kembang. lalu di masukkan kedalam bekas  berisi tepung yang telah di sangai sedikit demi sedikit dan di uli menjadi doh yang lembut. Cubit adunan dengan menggunakan hujung jari dan buatkan bentuk seperti buah tanjung, kemudian masukkan kedalam air gula biarkan sehingga buah tanjung itu tadi meresap air gula. Siap untuk dihidangkan.

Terdapat pelbagai lagi kuih muih tradisional Kelantan yang lazat dan menyelerakan. Tidak rugi untuk anda bertandang di negeri Kelantan bukan sahaja banyak dengan kuih-muih yang menarik malah harga nya yang murah dan berpatutan. jika anda ingin tahu lebih lanjut dan mendalam sila lah bertandang atau melancong di negeri kelantan 

No comments:

Post a Comment