(ETOK/ETAK)
Etok atau Etak begitu sinonim
dengan masyarakat Kelantan kerana ia adalah kudapan khas ketika menikmati nasi
kerabu. Etak boleh menjadi penambah selera kerana rasanya yang lemak manis. Bagi
orang Kelantan seperti saya, etok sudah menjadi satu kudapan yang sama seperti
keropok yang dinikmati ketika bersantai menonton TV atau berkelah.
Etok nama saintifiknya Corbiculacea adalah
haiwan kerang-kerangan yang menetap di kawasan air bersempadan kawasan air
tawar dan air masin, namun lebih kepada kawasan sungai rendah berbanding muara
yang berhampiran laut. Ia merupakan haiwan bercengkerang mollusc dwicengkerang. Ia termasuklah Corbicula
fluminea dan Cyrenacea, Sphaeriacea
Cara untuk proses etok terbahagi kepada dua iaitu :-
ü
Etok salai
ü
Etok jemur
ETOK JEMUR
Kaedah jemur
menggunakan cahaya matahari
ETOK SALAI
Sebelum etok dijemur atau disalai, etok hendaklah di perap dengan bahan perapan terlebih dahulu.
BAHAN-BAHAN
·
Bawang merah
·
Ketumbar
·
Serai
·
Gula
·
Garam
KAEDAH
·
Bawang merah, ketumbar dan serai hendaklah ditumbuk
atau dibland terlebih dahulu
·
Campurkan gula dan garam secukup rasa
·
Gaul sehingga sekata dengan etok
·
Perap selama beberapa jam / semalaman
Sinonim nya
etok dibuat secara salai ataupun jemur tetapi ia juga boleh dijadikan hidangan
sampingan untuk makan tengahari ataupun makan malam. Contohnya seperti
Ø Etok katok
serai / etok tumbuk serai
Ø Etok masak
kicap
Ø Etok masak
lemak
Ø Etok goreng
No comments:
Post a Comment