Free Monkey ani Cursors at www.totallyfreecursors.com
Free Monkey ani Cursors at www.totallyfreecursors.com

Sunday, 2 August 2015

SYOKKNYA KELANTAN




TEMPAT-TEMPAT MENARIK KELANTAN

Kelantan Darul Naim terletak di Timur Malaysia,  kaya dengan pelbagai destinasi perlancongan yang menarik,  Kaya dengan pelbagai jenis makanan Tradisional yang lazat dan pelbagai  budaya yang masih terjaga dan diwarisi sehingga kini. Mempuyai pantai yang menarik seperti Pantai Cahaya Bulan & Pantai Tok Bali dan semestinya destinasi yang wajib dikunjungi di kelantan ialah Pasar Besar Siti Khadijah yang sangat meriah dengan pelbagai barangan yang dijual, jadi jom datang bercuti dan tenangkan fikiran bersama keluarga di negeri Kelantan.

Antara pantai-pantai menarik dan best untuk di kunjungi di negeri Kelantan.
Ø  Pantai Cahaya Bulan 
Ø  Tok Bali Beach / Pantai Tok Bali
Ø  Pantai Sabak 

PANTAI CAHAYA BULAN

Pantai cahaya bulan adalah antara pantai kemestian untuk dilawat di kelantan. Pantai Cahaya Bulan (sebelum ini dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi / Beach daripada Passionate Love) adalah percaya menamakan oleh seorang askar British Lovelorn semasa Perang Dunia Kedua. Sehingga hari ini, terdapat beberapa penduduk tempatan masih memilih kepada kami nama lama. Ia mempunyai pantai berpasir yang indah panjang dan luas, tempat popular untuk makan angin bersama keluarga dan berkelah. Ia juga mempunyai pelbagai sukan air dan menunggang kuda. Terdapat beberapa gerai makanan dan restoran di sepanjang pantai, yang menawarkan makanan laut  segar. Terdapat juga beberapa tempat penginapan yang cantik, menarik, selesa dan harga yang berpatutan. Contohnya seperti P.C.B Beach Resort, Perdana Resort dan banyak lagi. Bukan itu sahaja malah terdapat layang-layang yang jual untuk kanak-kanak bermain.
Indahnya suasana pantai cahaya bulan


Cantiknya layang-layang yang dijual. Terdapat pelbagai bentuk, pelbagai warna yang menarik dan harga yang berpatutan. 
Terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai makanan seperti seafood yang segar, air kelapa jagung bakar, keropok lekor dan sebagainya.
Ini merupakan tempat penginapan yang disediakan. Lengkap dengan kemudahan dan terdapat juga kolam renang yang cantik serta selamat untuk kanak-kanak mandi-manda. Malah ianya terbahagi kepada 2 iaitu kanak-kanak dan dewasa.

Ini adalah P.C.B resort
                        


PANTAI TOK BALI
Pantai Tok Bali terkenal dengan kelebihannya yang tersendiri. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk tempatan tetapi satu kemestian bagi pelancong untuk menikmati keindahan pantai di Tok Bali. Terdapat banyak rumah-rumah atau tempat peranginan yang indah di sepanjang pantai seperti Tok Tok Aman Bali Beach Resort, Villa Danialla dan sebagainya. Di samping itu, bagi penduduk yang bekerja sebagai nelayan, Tok Bali adalah tempat bagi mereka untuk mencari rezeki kerana ia terkenal dengan penangkapan mereka boleh membawa keuntungan kepada nelayan. ia adalah satu tarikan pelancong untuk datang ke sini kerana pelbagai makanan laut yang banyak menjual
  1. Pemandangan di bawah jambatan Tok Bali
  2. Replika Bot Nelayan di Tok Bali
  3. Jambatan yang agak tinggi di Tok Bali
  4. Resort Aman Tok Bali



Dismping itu, terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik di negeri Kelantan yang boleh dikunjungi. Terdapat banyak jeram yang sesuai untuk berkelah. Antara jeram yang terdapat di Kelantan ialah :-
  1. JERAM LINANG 
  2.  JERAM PASU
  3. AIR TERJUN STRONG